Pasaran mangga kering global dinilai sekitar USD 2.8 bilion
(RM 12 bilion) pada tahun 2025. Dijangka akan terus meningkat kepada USD 5
bilion pada beberapa tahun akan datang.
Mangga kering pada awalnya dihasilkan akibat lambakan buah
mangga di pasaran sehingga buah rosak dan merugikan penanam. Jadi, petani mula
menghasilkan mangga kering yang boleh disimpan lama dan tidak perlu
tergesa-gesa untuk dipasarkan.
Mangga kering yang berada di pasaran Malaysia biasanya
diimport dari tiga negara utama iaitu China, India, dan Thailand.
Kebanyakan mangga kering dipasarkan di Malaysia diimport
secara pukau dan dibingkus semula dengan nama tempatan.
Pengguna perlu berhati-hati memilih mangga kering agar
mendapat yang terbaik dari segi kualiti dan kesihatan. Terdapat pengeluar yang
menambah bahan seperti pewarna tiruan, bahan pengawet seperti sulfur dioksida,
serta kandungan gula yang tinggi. Gabungan bahan ini boleh mendatangkan risiko
terhadap kesihatan.
Mangga kering dari India dihasilkan secara “sun dried”, iaitu
dikeringkan menggunakan cahaya matahari. Kaedah ini lebih semula jadi dan
hasilnya tidak semanis produk dari China atau Thailand. Walau bagaimanapun, ada
juga yang mempertikaikan aspek kebersihan dalam proses pengeringan ini.
Diharap penggemar mangga kering boleh membuat pilihan bijak
agar tidak terjebak dengan makanan yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada
kesihatan. Sedap tidak semestinya baik.
Petani di Malaysia boleh menghasilkan sendiri mangga kering
yang berkualiti dan sihat.
Dapatkan mangga kering
Di Shopee
- https://s.shopee.com.my/2g7KrP6Aeb?
- https://s.shopee.com.my/gMGTkdz8M?
