Friday, 24 July 2026

BERGURAU ADA BATAS

 
Orang Melayu memang sukar hendak terima sesuatu perkara itu biarpun sekadar gurauan. Ini bertepatan dengan amalan sopan santun dan saling menghormati yang menjadi sendi dan paksi kehidupan masyarakat yang berteraskan agama Islam.

Kita tidak boleh hendak samakan budaya Melayu dengan masyarakat di barat yang lebih bebas berkata-kata. Bangsa Melayu memantingkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Saling menghormati adalah paksi keharmonian hidup di dalam kelompok bangsa Melayu dan kaum-kaum lain di Malaysia.

Kalau hendak bergurau dan melawak, pilihlah kata-kata yang mencerminkan kebijaksanaan dan akal yang waras, bukannya kegilaan hendak menjadi popular.

Rasulullah SAW pernah menegur Aisyah kerana menyebut fizikal Safiyyah yang dikatakan pendek.

Nabi Muhammad SAW menegur Aisyah dengan sabda baginda yang bermaksud: "Engkau telah mengucapkan satu kalimah yang jika dicampur dengan air laut, nescaya ia akan mencemar (mengubah) air laut itu."

Perbuatan ini hanya bercakap tentang fakta Safiyyah yang rendah, tetapi telah dianggap satu dosa. Bagaimana pula jika secara langsung mempersendakan dan menghina orang lain untuk bergelak tawa. Fikir-fikirkan.

Gambar sekadar hiasan

No comments:

Post a Comment