Friday, 7 August 2026

JUMLAH PENDUDUK MELAYU DI PULAU PINANG

 
Jumlah penduduk Melayu di Pulau Pinang. Jumlah penduduk Melayu di Pulau Pinang pada 2026 telah mencecah 747,400 orang. Berdasarkan data terbaharu Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), penduduk Cina pula dianggarkan berjumlah 706,300 orang, iaitu kira-kira 41,100 orang lebih rendah berbanding penduduk Melayu.

Perkembangan itu menunjukkan komposisi demografi Pulau Pinang semakin berubah, dengan masyarakat Melayu kini muncul sebagai kumpulan penduduk terbesar di negeri berkenaan, mendahului masyarakat Cina yang sebelum ini sering dikaitkan sebagai kaum majoriti di Pulau Pinang.

Dalam tempoh sama, jumlah penduduk India di negeri itu dianggarkan seramai 154,700 orang.

Daripada keseluruhan penduduk Pulau Pinang yang dianggarkan berjumlah 1.808 juta orang, masyarakat Melayu membentuk kira-kira 41.3 peratus, diikuti Cina sebanyak 39.1 peratus dan India sekitar 8.6 peratus.

Data berkenaan diperoleh dari dataset rasmi “Population Table: States” yang diterbitkan menerusi portal OpenDOSM dan dikemas kini pada 31 Julai 2026.

Dataset itu menyediakan statistik penduduk mengikut negeri, jantina, kumpulan umur dan etnik bagi tempoh 1970 hingga 2026.

Data tersebut menunjukkan Pulau Pinang turut mempunyai kira-kira 7,400 penduduk Bumiputera lain, 10,300 penduduk warganegara daripada kumpulan etnik lain serta 182,300 penduduk bukan warganegara.

DOSM menjelaskan bahawa angka bagi tahun selain tahun banci merupakan anggaran penduduk pertengahan tahun yang dihasilkan menggunakan kaedah komponen kohort dengan mengambil kira kelahiran, kematian dan migrasi bersih.

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

No comments:

Post a Comment