Monday 8 November 2021

CARA BETUL PEMBAJAAN NANAS

 
Tumbuhan nanas memerlukan pembajaan bagi keperluan nutrien yang mencukupi untuk tumbesaran.

Asas keperluan unsur nutrien tumbuhan adalah NPK iaitu:
N - Nitrogen (tumbesaran daun)
P - Phosphorus (tumbesaran akar)
K - Kalium (tumbesaran buah/bunga)

Manakala TE - Trace Element merupakan unsur surih/micronutrien yang ditambah ke atas baja seperti magnesium dan kalsium.

Pokok nanas secara lazimnya memerlukan empat kali pembajaan NPK iaitu sebelum penanaman dan semasa penjagaan/tumbesaran.

Jadual di gambar merupakan pembajaan taburan asas ke atas pokok nanas bagi tanah mineral. Terdapat sedikit perbezaan pembajaan di tanah gambut dan beris.

Pembajaan dihentikan sebulan sebelum aruhan pembungaan (hormon) dilaksanakan. Selepas empat kali pembajaan dan selepas aruhan pembungaan dilakukan, pokok nanas tidak memerlukan lagi pembajaan sehingga ia berbuah dan dituai.

Namun begitu, kini terdapat kaedah moden pembajaan pokok nanas iaitu pembajaan semburan (cecair) ke atas pokok nanas.

Baja semburan berfungsi untuk meningkatkan lagi kesuburan dan ketahanan pokok terhadap penyakit.


No comments:

Post a Comment