Friday, 16 February 2018

EKONOMI MALAYSIA TERUS KUKUH


Hairan apabila ada pihak mendakwa konon ekonomi Malaysia dalam keduduk teruk dan bakal muflis. Sedangkan, dalam realitinya tidak ada tanda-tanda ke arah itu. Aktiviti ekonomi masih berjalan seperti biasa, bahkan bertambah rancak.

Keadaan hidup rakyat bertambah baik dan kuasa beli masih tinggi. Perniagaan terus berkembang dan mendapat keuntungan. Banyak pusat membeli belah terus dibuka sehingga ke kawasan pekan kecik.  

Malah, pengiktirafan badan-badan dunia terhadap kedudukan sebenar Malaysia terutamanya dalam bidang ekonomi membuktikan kedudukan ekonomi negara berkembang sihat.

Negara mendapat pengiktirafan positif dari Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) serta Forum Ekonomi Dunia (WEF).

Kalau kita ini negara yang bankrap, tentu sekali Bank Dunia, IMF dan WEF tak puji malah kutuk kita habis-habisan. Tetapi, tiada pun laporan mereka yang mengatakan ekonomi kita ini terjerumus ke arah muflis atau bankrap.

Bukan saja badan-badan dunia tidak bersetuju dengan dakwaan mereka itu, malah pertumbuhan ekonomi negara mencatat pertumbuhan 5.9 peratus manakala ringgit pula kian mengukuh. Itu membuktikan tuduhan-tuduhan pihak tidak bertanggungjawab tak boleh dipakai.

Rakyat tidak perlu lagi mempercayai dakwan tidak boleh pakai itu. Sebaliknya, tumpukan kepada usaha untuk terus mengembangkan potensi diri meraih dan menikmati segala kebaikan yang diperoleh sebagai rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment